MENJANA KEMENANGAN BA DALAM TAHUN 2004

UMNO PARTI MUFLIS

Assalamualaykum

buat pak amin, MT webmasters, dan kawan kawan di FGR.

Saya dapat rasakan betapa risau nya PM bila Ling leon sick nak letak jawatan. memang lah orang tua ni sensitive tak boleh tersinggung sikit. mula lah merepek. kami baca lah kisah PM beri komen pasal ling sorang ni di Bernama. Komen tu terasa juga nak gelak kalau lah betul kata PM tu maknanya si Ling memang tak layak dari dulu jadi pemimpin. Bila ada hal keluarga sikit terus merajuk dan berhenti. Takan lah perkara sebegini pun nak melawak. Letak jawatan atau kena pecat jawatan ni bukan perkara kecik. Bukan senang nak letak jawatan kalau dah berbelas tahun hidup senang. Bukan diri saja senang tapi saudara mara tumpang senang. Beri lah alasan bagus sikit atau pun diam je lah.

Dalam penghimpunan Agung baru baru ni. PM berbangga benar parti komponan berkerjasama kuat hinggakan dia masih lagi jadi PM walau pun berdengus mengeluh dengan kemerosotan orang melayu begitu teruk sekali. kalau tak kerana MCA tolong barang kali awak tu dah tanam sayur dekat penjara sungai buluh.

Sebenarnya secara tidak langsung PM saya ni mengaku orang melayu dah tak sokong Umno lagi tapi yang menjadi harapan dan kawan kawan dia adalah MCA. Sekarang ni MCA dah mula buat hal. Ini yang membuatkan PM tak lenyap tido di mahligai 200 juta. Sayap kanan dah patah sayap kiri pulak berlubang kemana diri ini hendak ku bawa. Nak terbang tinggi pun dah tak boleh. Terbang rendah rendah sudah lah. Nak harapkan MIC susah kerana puak puak ni tak ada duit. Tapi nak jugak terbang tu yang sakit tu. kalau naik tinggi sangat jadi berpusing pusing sebab angin kuat. Sayap kecik mana boleh tahan tapi perut dan mulut besar. Sentiasa bersiap dia nak mematuk saja. Ini lah kerja awak. Lebih baik awak tak usah terbang lagi duduk lah diam diam kat kampung awak berlajar buat mathermatik kira berapa orang kah ahli UMNO sekarang ni.

Awak kata melayu sokong awak lebih kurang 2.7 juta orang. Dimana awak belajar mathematik dan pemimpin awak belajar math. Masa tak ada BA pun 2 juta lebih sekarang pun dua juta lebih jugak
apa ke hal. Tak kah ini lawak Haji Bakhil nama nya tu.

Yang masuk BA tu sapa? kalau bukan dulu nya ahli UMNO. atau manusia dari kayangan. Kalau nak buat lawak pun biarlah logik sikit.

Saya percaya buat masa ini tak ada orang lagi nak bela PM termasuk pemimpin pemimpin Umno hari ini. Mereka hanya karbon copy apa yang Pm cakap. kalau terjun kata PM maka terjun lah semua yang hadir di PWTC hari tu. Ini amat merisaukan PM. LLsick mungkin tak suka lagi dengar kata PM. Kalau dia tarik balik perletakan jawatanya maka siLing pun adalah contoh seorang lagi manusia tak bermaruah. Barangkali dia perlu tengok cerita nasib labu labi.
Terus terang saya kata dah tak ada isu lagi nak cakap pada rakyat. kecuali isu ugut mengugut, tukar menukar, sekat menyekat, tangkap menangkap. ini perangai penyangak bukan pemimpin.

PM juga mati kuku adalah kerana didalam BN hanya ada satu saja parti Melayu iaitu Umno. Orang melayu tidak ada pilihan lain kalau nak masuk BN mesti dengan Umno. tapi hari ini Umno sudah terkena virus nipah. dan Tumor Umno semakin membengkak.

Saya nak ulangi lagi parti Melayu didalam BN hanya lah satu sahaja. faham!!

Tapi parti Melayu dalam BA ada 1+1+1 =3 faham!!! tolong lah belajar mathematik sikit wahai PM dan pemimpin Umno. Jadi jangan lah awak berbangga sangat dengan KeUmnoan tu. Orang melayu sekarang sudah ada rumah baru untuk berlindung. Mereka boleh pilih mana satu rumah yang mereka suka dan rase paling sesuai. Mereka cukup bahagia didalam BA. Kepada yang segan segan nak masuk PAS mereka boleh pilih Keadilan atau kalau berminat dengan warna merah boleh lah memilih PRM. kan muhibbah nama nya tu.

fikir lah betul betul, bangun lah malam bertahajud fikir. atau tanya budah budak tadika antara satu dengan 3 mana lebih kuat. agaknya satu kot. Satu 40 % tiga 60 %.

Sebab tu saya kata awak PM dah elok berehat sebelum terlewat. Umno sudah hilang langsung kredibiliti, tidak mampu untuk menjawab apa jua isu yang dilemparkan. saya dapat rase kan kalau seluruh pemimpin Umno di PWTC baru baru ini dicalonkan untuk berdebat isue semasa cukup lah sekadar BA menghantar wakil nya seorang saja. Ruslan Kasim atau Mahfuz atau Dr Hassan Ali. pilih lah salah seorang dari mereka.

Letakan salah seorang dari mereka ini berdepan dengan PM dan seluruh pemimpin Umno. Saya dapat agak pusingan pertama dah cukup buat awak orang tercirit tujuh hari tujuh malam.
Rais Yatim mungkin tiga malam saja sebab dia ni jugak kaki bohong. jadi dia muntah dan tercirit dua sekali gus. jadi tak sampai lah tujuh hari.

Orang melayu dah tak ada tempat lagi untuk berlindung didalam Umno. mereka bukan tak suka parti Umno tapi mereka tak suka pada apa nama apa nama............

Pilihanraya TK sekali lagi mengukur sejauh mana sokongan Orang Melayu kepada Umno. BA dah letak calon melayu. BN terkebil kebil nak pilih calon. Bukan kerana takut kalah tapi takut nanti rakyat tahu undi Melayu akan pergi kepada BA jika BN tersilap pilih calon.

Kalau PM dah mengaku orang melayu dah tak sokong Umno orang bawahan umno tak yah lah buang masa berkempen nak tarik sokongan melayu. cari saja lah cina dan india buat kawan.

Kalau lah kali ini calon Umno menang dengan sokongan Cina dan India elok lah Umno tutup kedai mintak kat Mahkamah awak istiharkan saja Umno MUFLIS.

***noreen***

 counter.bloke.com